WELCOME TO MY BLOG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 11 November 2011

BELAJAR SAINS ............. ANDA SELANGKAH MENDEKATI TUHAN

Sejak daripada sekolah rendah lagi aku amat meminati mata pelajaran Sains.Di sekolah menengah pula , guru Sains adalah antara guru yang menjadi idolaku.Guru Sains yang mengajar aku ketika itu,Cikgu Alias Hamdan bersungguh-sungguh mengajar bagi mempastikan kami memahami apa yang diajarnya. Begitu bersemangat Cikgu Alias menerangkan konsep-konsep yang sukar,cuma bezanya dahulu aku belajar dengan menggunakan bahasa Melayu.Sejujurnya aku merasakan tiada cacat celanya mempelajari Sains dalam bahasa Melayu, bahkan aku merasakan begitu mudah memahaminya berbanding menggunakan bahasa Inggeris.


       Semasa mengajar dalam kelas,  Cikgu Alias selalu berkata " Belajarlah Sains ........... anda selangkah mendekati Tuhan". "Dalam Sains, sesuatu yang kita tidak nampak dengan mata kasar, bukan bererti ianya tidak wujud ". Mungkin dahulu aku tidak memahami maksudnya, tetapi kini setelah menjadi guru, aku sudah memahami maksudnya yang tersurat dan tersirat.Sungguh mendalam maksudnya.Aku akui sekarang Sains mendekatkan diri ini dengan Pencipta.Terasa kerdil diri ini dibandingkan dengan nikmat kurniaan yang diberi.

       Lihat sahaja apa yang ada di sekeliling kita.Lautan yang membiru,jutaan bintang berkilauan di malam hari,keajaiban gunung berapi dan tsunami yang pernah membadai suatu waktu dahulu, semuanya menandakan alam ini ada Penciptanya.Andai anda dapat merenungnya sejenak dan menemui jawapannya, itulah penemuan terindah dalam hidup kita. Masih segar dalam ingatan aku ini ungkapan Cikgu Alias yang penuh bermakna. Terima kasih,cikgu.Jasamu tiada taranya dan tetap akan kekal terpahat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment